Menentukan Objektif dan Rancangan ISO 45001

Dalam mana-mana sistem ISO 45001 , objektif dan rancangan yang dirancang untuk memenuhi objektif tersebut adalah penting untuk kejayaan prestasi sistem. Berbanding dengan piawaian umum yang biasa digunakan seperti yang berkaitan dengan isu kualiti atau alam sekitar, kesan faktor kesihatan & keselamatan kritikal ini boleh memberi kesan langsung terhadap kebajikan tenaga kerja anda. Oleh itu, adalah penting bahawa objektif dan rancangan dipikirkan dengan baik. Ia perlu mengambilkira keperluan tenaga pekerja dan juga pihak lain yang bekepentingan seperti pemegang saham, pihak klien, pengguna dan juga orang awam. Oleh itu, memandangkan kritikal untuk memastikan kedua-dua aspek ini betul, apakah yang harus dipertimbangkan oleh organisasi anda apabila menentukannya?

Objektif: Apa yang perlu dipertimbangkan

Fasal 6.2 piawaian ISO 45001: 2018 berkaitan dengan objektif dan perancangan OHS bagaimana untuk mencapai objektif tersebut. Sesuatu objektif aau matlamat yang dibuat hendaklah berdasarkan elemen SMART (Specific, boleh diukur, diboleh dicapai, berpatutan & ada tempoh masa).  Jelas sekali, matlamat-matlamat tersebut harus selaras dengan polisi ISO 45001 anda, dan matlamat yang dinyatakan adalah untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko sebarang kemalangan atau insiden yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kesihatan yang tidak baik kepada pekerja anda. Berikut merupakan antara contoh-contoh yang perlu diambil kira sewaktu menentukan objektif OHS organisasi anda:

  • Kewajipan undang-undang: ini adalah penting kepada mana-mana sistem OHS. Semua undang-undang yang terpakai mesti direkodka dan dikemaskini jika ada perubahan. 
  • Pihak Berkepentingan: semua pemegang kepentingan luaran dan dalaman mesti dipertimbangkan. Ini termasuk pekerja, pemegang saham, penduduk tempatan, kumpulan tekanan, dan sebagainya.
  • Pilihan teknologi, kewangan, perniagaan dan keperluan operasi: setiap perniagaan akan mempunyai infrastruktur, keperluan, dan keupayaan yang berbeza, dan tujuan dan rencana anda harus dirancang secara unik untuk disesuaikan dengan keperluan organisasi anda

Berdasarkan maklumat diatas, anda mungkin sudah ada idea bagaimana untuk menetapkan apakah matlamat atau objektif OHS organisasi adna.Sebagaimana yang dinyatakan, keperluan organisasi anda mungkin berbeza dengan organisasi yang lain. Namun begitu anda boleh menilai tahap OHS dan objektif anda dengan organisasi lain yang lebih kurang dengan saiz dan menjalankan operasi yang hampir sama. Berikut merupakan antara perkara yang boleh dibandingkan dengan organisasi yang lain:

  • jam bekerja sejak kemalangan terakhir
  • purata bilangan hari pekerja tidak hadir setahun (boleh diukur berbanding purata kebangsaan untuk perbandingan di wilayah anda sendiri)
  • bilangan penilaian risiko OHS yang dijalankan
  • bilangan ketidakpatuhan audit (luaran dan dalaman)
  • keputusan kaji selidik kepuasan OHS terhadap pekerja

Seperti yang anda lihat, contoh di atas adalah contoh pengukuran tahap OHS anda berdasarkan kaeadah reaktif dan proaktif. Sesetengahnya hanyalah pengukuran prestasi terhadap objektif yang dinyatakan, tetapi beberapa objektif proaktif lebih beraspirasi dari segi menggalakkan peningkatan audit dalaman atau penilaian risiko. Campuran objektif ini akan memastikan bahawa anda mengukur hasil anda dengan berkesan, namun dalam masa yang sama ia juga membina aspek peningkatan berterusan yang diperlukan standard. Bila objektif telah ditetapkan, kita harus mempunyai rancangan yang berkaitan untuk mencapai objektif tersebut.

Rancangan: Apa yang perlu dipertimbangkan

Kalau kita merujuk kepada piawaian ISO 45001, ia dengan jelas menyatakan apakah yang perlu disediakan bagi mencapai sesuatu perancangan yang berkaitan dengan OHS. Mengikut ISO 45001, kita harus mempertimbangkan perkara-perkara berikut di dalam perancangan:

  • menentukan apa yang akan dilakukan
  • apakah sumber yang akan diperlukan
  • menentuka siapa yang akan bertanggungjawab melaksanakan rancangan tersebut
  • apa yang harus dilakukan selepas rancangan selesai
  • penilaian terhadap rancangan yang sudah dibuat
  • bagaimana rancangan dapat diselarikan bersesuaian dengan keperluan perniagaan

Oleh yang demikian, perkara pertama yang perlu dibuat ialah menetapkan apakah rancangan yang akan dibuat. Sebagai contoh objektif organisasi anda adalah ingin mencapai sifar kemalangan maut, bagi mencapai objektif tersebut apakah perancangan atau aktiviti berkaitan OHS yang akan dibuat. Selepas mengenalpasti aktitivi, apakah sumber yang diperlukan bagi memastikan rancangan tersebut berhasil dan siapa yang akan bertanggungjawan bagi memastikan rancangan tersebut dilaksanakan. Antara sumber yang mungkin diperlukan adalah seperti tenaga pekerja, fasiliti dan juga kewangan. Selepas rancangan tersebut dilaksanakan adalah perlu bagi kita menilai apakah ianya berkesan terhadap sistem OHS organisasi anda. Dalam masa yang sama, rancangan tersebut hendaklah selari dengan keperluan perniagaan organisasi anda.

Rancangan yang gagal dapat menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan pekerja, oleh itu anda harus selalu memiliki elemen proaktif dalam perancangan anda. Mudah-mudahan, artikel ini akan membantu anda untuk melakukannya, dan melindungi kesejahteraan pekerja dan juga perniagaan anda.

Ingin Memantapkan Lagi Pengetahuan Berkaitan ISO 45001?
Jangan lupa untuk subscribe sekarang. Kami akan menghantar update berkaitan ISO 45001 terus ke emel anda. Emel anda selamat bersama kami.