ISO 45001:2018

ISO 45001, Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan atau lebih dikenali dalam bahasa english “Occoputional Health Safety Management System” (OHSMS) telah mula digunapakai sejak March 2018

By Andrew L. Salin

“Lebih 7 600 orang mati setiap hari dari kemalangan atau penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan – atau lebih daripada 2.78 juta orang setiap tahun”

Kesan daripada kecederaan dan penyakit pekerjaan adalah signifikan, samada kepada majikan dan ekonomi keseluruhan. Ia melibatkan kerugian dari tenaga kerja yang terpaksa bersara awal, kehilangan masa kerja dan juga menyebabkan peningkatan premium insurans. 

Untuk mengatasi masalah ini, ISO telah membangunkan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ISO 45001, yang akan membantu organisasi mengurangkan beban ini dengan menyediakan rangka kerja untuk meningkatkan keselamatan pekerja, mengurangkan risiko tempat kerja dan mewujudkan keadaan pekerjaan yang lebih baik dan selamat , di seluruh dunia.

Standard ini dibangunkan oleh jawatankuasa pakar kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Ia dibangunkan mengikuti pendekatan sistem pengurusan generik yang lain seperti ISO 14001 dan ISO 9001. Ia juga mengambil kira Piawaian Antarabangsa lain dalam bidang ini seperti OHSAS 18001 , ILO OSH Guidelines, piawaian dan konvensyen antarabangsa ILO serta piawaian kebangsaan yang lain. 

Sumber: Pertubuhan Buruh Antarabangsa

Close Menu