Keperluan dan Struktur ISO 45001

Bagi yang tak biasa dengan OHSMS, samada OHSAS 18001 atau ISO 45001, ia mungkin agak mengelirukan kerana anda perlu tahu bagaimana anda dapat memenuhi kehendak piawaian ISO 45001. Piawaian ISO 45001 sendiri dibahagikan kepada sepuluh klausa yang direka untuk menyediakan pengguna dengan struktur yang jelas dan ditakrifkan dan menetapkan keperluan yang mesti dipenuhi apabila diterapkan kepada sistem pengurusan OHS. Seksyen 1 hingga 3 memberikan butiran mengenai skop standard, rujukan normatif, dan penjelasan atau terminologi yang dapat membantu pemahaman anda tentang piawaian itu, manakala seksyen 4 hingga 10 mengandungi keperluan atau requirements yang anda kena patuhi.

Mari kita lihat apakah keperluan atau requirements yang dikehendaki di dalam ISO 45001 ini.

Fasal 4: Konteks Organisasi

Seksyen 4 menghendaki setiap organisasi menganalisis dan memahami konteks kegiatannya, baik secara luaran dan dalaman, dan memahami keperluan pihak yang berkepentingan. Antara lain, ini termasuk pemahaman undang-undang, pekerja, pemegang berkepentingan dan keperluan pemegang saham. Ia juga membantu anda untuk pergi jauh ke arah menentukan skop sistem pengurusan OHS anda. Untuk makluman, standard memerlukan konteks organisasi ini didokumenkan dan ia merupakan salah satu elemen terpenting yang sistem anda perlu ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, lihat artikel Menentukan konteks organisasi mengikut ISO 45001.

Fasal 5: Kepimpinan dan Penyertaan Pekerja

Bahagian Kepimpinan menggalakkan komitmen pengurusan dan penglibatan pekerja. Ia bertujuan bagi memupuk budaya keselamatan dan kesihatan di dalam organisasi daripada kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan dan juga pekerja. Dalam klausa ini, ia memberikan butiran yang jelas bagaimana pihak pengurusan harus terlibat secara langsung dalam OHS. Sebagai contoh dalam klausa ini ia menyatakan bahawa Top Management adalah orang yang bertanggungjawab serta memiliki akauntabiliti untuk memastikan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja dipraktikkan.  

Untuk maklumat lanjut berkaitan topik ini, rujuk artikel Bagaimana untuk menunjukkan kepimpinan mengikut ISO 45001 .

Fasal 6 Perancangan untuk Sistem OHS

Perancangan atau planning untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini seperti kegagalan untuk mematuhi undang-undang atau risiko terhadap kecederaan kepada pekerja merupakan intipati utama piawaian ISO 45001. Dalam pada itu keperluan baru di dalam piawaian ini mengkehendaki ‘peluang’ (opportunities) perlu diambil kira di dalam memastikan keberkesanan sistem pengurusan OHS. Secara khusus, klausa 6 ini bercerita tentang penetapan objektif untuk sistem pengurusan OHS dan juga apakah keperluan atau requirements berkaitan dengan dokumen yang anda perlu ada untuk menjayakan ISO 45001. 

Untuk lebih terperinci mengenai fasal ini, lihat artikel Bagaimana untuk mentakrifkan objektif dan pelan dalam ISO 45001 dan panduan khusus tentang risiko dan peluang, merujuk kepada Apakah risiko dan peluang baru mengikut ISO 45001?

Ingin Memantapkan Lagi Pengetahuan Berkaitan ISO 45001?
Jangan lupa untuk subscribe sekarang. Kami akan menghantar update berkaitan ISO 45001 terus ke emel anda. Emel anda selamat bersama kami.

Fasal 7 Sokongan

Fasal 7 ni bercerita tentang ‘Sokongan’ atau “Support” yang perlu diambil kira oleh organisasi dalam melaksanakan ISO 45001.
Antara perkara yang perlu diambil kira adalah berkaitan dengan ‘Resources’. Organisasi harus menentukan dan menyediakan resources (sumber) yang diperlukan untuk menubuhkan, melaksanakan,mengekalkan serta penambahbaikan terhadap OSHMS. Antara contoh resources yang diperlukan seperti tenaga kerja, infrastruktur, teknologi & kewangan.

Dalam Fasal 7 ni juga berbicara tentang ‘Kompetensi’. Organisasi perlu mengenalpasti apakah kompetensi yang diperlukan yang boleh memberi kesan terhadap OSH performance. Organisasi juga bertanggungjawab memastikan pekerja adalah kompeten, memiliki pengetahuan yang mencukupi serta menyediakan latihan yang bersesuaian.

Selain itu organisasi juga perlu memastikan pekerja mereka juga harus peka terhadap OHS Polisi dan apakah sumbangan pekerja terhadap keberkesanan pelaksanaan OHSMS. Selain itu, pekerja juga perlu dimaklumkan apakah kesan serta tindakan yang boleh diambil sekiranya tidak mematuhi keperluan OHSMS. Pekerja juga harus dilatih serta berpengetahuan dalam mengenalpasti hazard serta risiko. Pekerja sekurang-kurangnya mempunyai keupayaan untuk tidak meletakkan diri mereka di dalam posisi yang boleh merisikokan kesihatan serta keselamatan mereka serta keupayaan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap hazard tersebut.

Selain itu, fasal 7 juga berbicara tentang komunisasi, bagaimana organisasi menentukan cara mereka berkomunasi dengan pihak dalaman atau luaran yang berkaitan dengan OSH. ‘Document Information’ juga termasuk di dalam fasal 7, ia menekankan apa yang anda perlu buat untuk mengekalkan document dan jika ada perubahan apa yang perlu dilakukan.

Fasal 8 Operasi

Fasal 8 menerangkan keperluan tentang ‘Kawalan Operasi’. Dalam klausa ini organisasi perlu mengambil kira tentang operasi dan cara untuk mengawal operasi tersebut. Organisasi perlu memiliki process untuk menghapuskan hazard serta mengurangkan risiko. Management of Change juga termasuk di dalam klausa ini. Ia mengkehendaki organisasi memiliki process bagaimana untuk melaksanakan dan mengawal perubahan sementara atau kekal yang boleh memberi kesan terhadap pelaksaan OHSMS.
Procurement, Kontraktor dan juga Outsourcing termasuk di dalam fasal 8. Selain itu, dalam fasal 8 ini juga menekankan organisasi harus memiliki proses untuk mengenalpasti serta bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan yang mungkin berlaku disebabkan oleh  aktiviti yang dilakukan.

Fasal 9 Penilaian Prestasi

Memantau dan mengukur prestasi sistem pengurusan OHS, termasuk pematuhan terhadap undang-undang dan keputusan audit dalaman, dibincangkan dalam klausa 9. Bahagian ini juga menegaskan bahawa pengurusan mesti mengkaji semula prestasi sistem pengurusan OHS untuk memastikan prestasi yang berkesan. Terdapat kelebihan tersendiri untuk memastikan pengurusan atasan terlibat dalam penilaian prestasi seperti halnya dengan penetapan objektif, sehingga memungkinkan tindakan untuk penambahbaikan terus-menerus dapat dipertimbangkan terus oleh Top Management. 

Untuk butiran lanjut lihat Pemantauan, pengukuran, penilaian dan analisis ISO 45001

Fasal 10 Penambahbaikan

Klausa terakhir menetapkan bagaimana organisasi harus memastikan bahawa peningkatan berterusan perlu dilakukan untuk sistem pengurusan OHS. Ini termasuk bagaimana organisasi menangani non-compliance dan mengenalpasti apakah langkah pembetulan (corrective action) yang perlu diambil supaya non-comliance tersebut tidak akan berulang. Adalah penting semua pihak yang terlibat sama di dalam menguruskan OHS ini mengenalpasti apakah punca kepada non-compliance supaya perkara yang sama dapat dicegah daripada berulang.

Rumusan Standard dan Keperluan ISO 45001

Cabaran terbesar ialah memastikan prosedur, dasar dan aktiviti yang dilaksanakan di dalam sistem pengurusan OHS melengkapi antara satu sama lain dan struktur sistem anda adalah betul, berkesan dan dapat diperbaiki. Ini boleh dicapai dengan menggunakan kitaran “Plan-Do-Check-Act” , yang merupakan konsep utama kepada ISO 45001. Bagi memastikan sistem OHS anda berjaya dan berkesan, anda perlu memahami apakah keperluan atau requirements yang dikehendaki oleh ISO 45001 seperti yang dihuraikan di atas. Jika anda dapat memahami keperluan tersebut, tugas anda untuk menguruskan sistem ISO 45001 ini akan menjadi semakin mudah.

Ingin Memantapkan Lagi Pengetahuan Berkaitan ISO 45001?
Jangan lupa untuk subscribe sekarang. Kami akan menghantar update berkaitan ISO 45001 terus ke emel anda. Emel anda selamat bersama kami.