ISO 45001: Keperluan baru berkaitan risiko dan peluang? (Risk & Opportunities)

Dengan pengeluaran ISO 45001: 2018 , terdapat keperluan baru untuk menilai risiko dan peluang dalam Sistem Pengurusan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (OHSMS). Jadi, bagaimanakah ini berbeza dari keperluan sebelumnya untuk menilai hazard dan risiko dalam OHSAS 18001. Keperluan ini merupakan antara elemen yang penting di dalam ISO 45001.

Apa yang diperlukan untuk hazard dan risiko?

Dalam OHSAS 18001, Pendek kata, untuk semua aktiviti, proses dan kawasan kerja anda, anda mesti mengenal pasti apa hazard yang wujud yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan pekerjaan bagi semua yang terlibat (termasuk kontraktor dan pelawat). Apabila hazard-hazard ini dikenalpasti, anda akan mengenal pasti apa risiko yang wujud daripada hazard tersebut dan mengenalpasti bagaimana cara untuk mengawal hazard dan mengurangkan risiko.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai mesin yang besar, anda mungkin mengenal pasti bahawa terdapat hazard pinch point apabila mesin sedang beroperasi. Risik pinch point ini boleh mendatangkan kecederaan kepada mana-mana pekerja, kontraktor atau pelawat yang meletakkan tangan mereka di dalam mesin yang sedang beroperasi. Untuk mengurangkan risiko ini, anda boleh meletakkan penghadang di tempat yang bersesuain untuk mengelakkan tangan daripada memasuki  pinch point dan mempunyai prosedur lock-out / tag-out untuk memastikan bahawa mesin tidak dapat digunakan walaupun ada penghadang semasa penyelenggaraan.

Keperluan untuk menilai risiko merupakan process utama didalam memastikan keberkesanan OHSMS. Mengawal risiko yang terhasil daripada proses kerja organisasi anda adalah bahagian penting dalam memastikan kesihatan dan keselamatan orang yang berada di persekitaran kerja anda, ini termsuk para pekerja, pihak kontraktor dan juga pelawat. Sebagai tulang belakang OHSMS, penilaian terhadap hazard dan risiko yang ditimbulkan oleh aktiviti organisasi anda masih merupakan bahagian penting dalam apa yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi kesihatan & keselamatan pekerjaan.

Apakah yang perlu anda pertimbangkan dengan keperluan baru dalam ISO 45001 untuk menilai risiko dan peluang?

Seiring dengan keperluan di atas, terdapat keperluan baru untuk menilai risiko dan peluang keseluruhan Sistem Pengurusan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan. Keperluan baru ini datang dari format ISO standard untuk semua sistem pengurusan, yang disebut Annex SL. Format ini termasuk penilaian konteks organisasi berkenaan dengan tujuan sistem pengurusan, termasuk isu-isu dalaman dan luaran yang menjejaskannya. Langkah seterusnya dalam piawaian adalah untuk mengenal pasti semua pihak yang berkepentingan untuk sistem pengurusan anda, dan apa keperluan dan harapan mereka.

Dalam IO 45001, syarikat harus menilai risiko dan mengenalpasti apakah peluang yang ada yang berkaitan dengan sistem OHS. Ia bermaksud apakah risiko dan peluang yang boleh menjejaskan keupayaan syarikat untuk meningkatkan prestasi OHS, memenuhi kewajipan pematuhan dan mencapai objektif OHS. Banyak syarikat mempunyai fungsi perancangan strategik yang memenuhi keperluan standard ini. Jika anda mempunyai lebih daripada satu sistem pengurusan di tempat (seperti sistem pengurusan kualiti atau sistem pengurusan alam sekitar), proses yang sama ini boleh digunakan untuk kesemua mereka.

Contohnya, sebagai sebahagian daripada penilaian berterusan anda tentang keperluan undang-undang, anda mungkin telah mengetahui bahawa terdapat perubahan dalam undang-undang yang akan membuatkan organisasi anda menyalahi undang-undang untuk menggunakan bahan kimia penyebab kanser tertentu yang diperlukan untuk membuat produk anda. Oleh kerana itu, anda mempunyai peluang untuk membuat perubahan pada produk anda yang membolehkan anda mencari bahan kimia pengganti yang kurang berbahaya kepada kesihatan & keselamatan pekerjaan tenaga kerja anda. Terdapat juga risiko bahawa bahan kimia gantian sebenarnya lebih berbahaya kepada orang-orang yang menggunakannya. Ia adalah risiko dan peluang yang perlu anda hadapi.

Begitu juga, jika anda mengenal pasti bahawa ada syarikat memperkenalkan jenis penghadang mesin baru yang akan menjadikannya lebih mudah untuk mengelakkan kemalangan anda mula menyiasat bagaimana ini dapat dipasang ke dalam jentera anda sebelum kelulusan kerajaan untuk produk tersebut. Anda tidak akan memasang penghadang yang baru, tetapi sebaliknya memulakan proses supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih cepat sebaik sahaja kelulusan diberikan oleh kerajaan. 

Penilaian Risiko dan Peluang: Bahagian penting OH & SMS

Mana-mana syarikat yang telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan mengetahui bahawa penilaian risiko, dan pengurusan kawalan untuk menangani risiko, adalah penting untuk menguruskan kesihatan & keselamatan pekerjaan. Penilaian risiko dan menentukan apa yang perlu dilakukan mengenai mereka sentiasa menjadi sebahagian daripada OHSMS, dan ini tidak akan berubah. Satu-satunya perubahan sebenar ialah dengan memasukkan fokus tambahan untuk tugas penting penilaian risiko, dan penilaian peluang yang boleh diteruskan untuk memberi manfaat kepada syarikat anda, yang dapat membantu anda memperbaiki OHSMS.

Ingin Memantapkan Lagi Pengetahuan Berkaitan ISO 45001?
Jangan lupa untuk subscribe sekarang. Kami akan menghantar update berkaitan ISO 45001 terus ke emel anda. Emel anda selamat bersama kami.
Close Menu